Wednesday, May 14, 2008

Hubungan Anwar-Wolfowitz dipersoal

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mempersoalkan hubungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan beberapa organisasi antarabangsa yang latar belakangnya diragui.

Ini termasuk penglibatan secara langsung bekas Timbalan Perdana Menteri itu dengan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Paul Wolfowitz yang pernah menjadi ketua strategi Perang Iraq untuk Presiden AS, George W. Bush.

Mukhriz memberitahu persidangan Dewan Rakyat, Wolfowitz merupakan pengikut fahaman Neo Conservative yang terbabit membunuh lebih sejuta orang Islam di Iraq.

Menurutnya, beliau membangkitkan perkara itu kerana baru-baru ini media asing melaporkan mengenai organisasi dan fahaman Neo Conservative.

"Mengapa harus Anwar bersekongkol dengan pembunuh lebih sejuta rakyat Iraq ini. Mukhriz turut mempersoalkan kedudukan Anwar sebagai pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO), 'Foundation of The Future' yang menurutnya menerima dana AS$35 juta dolar (RM110.25 juta) daripada Jabatan Negara AS.

PEMBANGKANG PUN MERASUAH

Dakwaan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa beliau telah ditawarkan sejumlah besar wang untuk melompat ke parti pembangkang adalah satu dakwaan yang berat dan serius.

Menurutnya, tawaran melalui satu panggilan telefon itu turut menjanjikannya jawatan dalam Kabinet namun Abdul Rahman menegaskan beliau menolak tawaran itu kerana perbuatan itu sangat tidak bermaruah. Pemimpin pembangkang berjanji untuk memberi habuan kepada ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk melompat.

Kalau benar apa yang dikata, UMNO dan BN harus memandang serius hal tersebut. Jangan sampai nasi dah jadi bubur, baru nak bertindak. Buat Datuk Rahman, buatlah laporan polis dan BPR, supaya pihak-pihak berkenaan boleh membuat siasatan rapi.Kalau benarlah apa yang dikatakan Datuk Rahman bahawa `Saya ditawar habuan lumayan'.

Sunday, May 11, 2008

PEMUDA DI PERSIMPANGAN: Hisham pergi - Siapa ganti - Kenapa KJ menyepi ?......

Kekosongan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda berikutan bos kita sekarang, Bro hisham akan meninggalkan kerusi Ketua Pemuda, Disember ini. Apa nak buat, bos pun dah membayangkan untuk bertanding Naib Presiden... mampukah Hisham?

Persoalan yang bermain di benak fikiran kita semua, Hisham pergi- Siapa ganti. Kenapa KJ menyepi.... itulah realiti yang berlaku hari ini. Jika sebelum ini, sahabat-sahabat Pemuda menantikan kata putus Hisham, ke manakah arah beliau selepas meninggalkan kerusi Pemuda, kini perhatian diberikan pula kepada Naib Ketua Pemuda, KJ yang dikatakan menyepikan diri selepas ’kekalahan BN’ dalam PRU12 yang lalu.

Di mana KJ menyembunyikan diri? Adakah dia melarikan diri daripada tanggungjawab selepas tsunami tersebut? Bagi aku, mungkin KJ sengaja tidak menonjolkan diri bagi memberi peluang dan ruang sambil ’mengkaji’ punca sebenar kekalahan BN yang lalu. Dalam masa yang sama, mungkin memikirkan hala tujunya dalam Pemuda. Mungkin beliau memikirkan adakah ini masa yang paling sesuai kepadanya untuk turut mengintai peluang untuk kerusi
KETUA PEMUDA UMNO.

Lupakan dulu soal KJ. Hakikatnya, sebelum Hisham sendiri mengumumkan untuk tidak mempertahankan kerusi KP, Datuk Mukhriz dan Datuk Seri Khir Toyo sudah membayangkan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda, sekiranya Hisham tidak mempertahankannya. Hakikatnya, sebelum Mukhriz dan Khir Toyo, sebelum ini Zahidi Zainul Abidin juga pernah mengeluarkan kenyataan secara terbuka untuk bertanding merebut kerusi Ketua Pemuda. Macammana Datuk, sudah bersediakah mengumumkan pendirian sama ada untuk bertanding atau tidak? Malah dalam blog Zahidi (
www.zahidi-zainulabidin.blogspot.com), beliau ada membayangkan hasratnya untuk bertanding. Kita tunggu dan lihat.

Ramai lagi sebenarnya yang mengintai untuk mencuba nasib. Norza Zakaria, Azimi Daim, Idris Haron, Shaziman malah Tajuddin Abd Rahman turut menyuarakan hasrat untuk mencuba nasib. Reezal Merican macammana plak, nak KP ke nak NKP. Terus terang sahaja kali ini, dengan niat hasrat kita itu adalah untuk memberikan khidmat dan bakti kita untuk memperbaiki UMNO secara menyeluruh, bukannya hasrat kita untuk bertanding itu semata-mata kerana kuasa atau untuk mengikis kekayaan untuk kepentingan peribadi.

Tak salah untuk kita suarakan hasrat kita. Malah PSU Pemuda UMNO hari ini, Dato’ Rahman Dahlan sendiri sudah meminta semua calon-calon yang berhasrat menawarkan diri untuk bertanding, agar membina laman web, blog atau portal masing-masing untuk berkempen, dan menerangkan hala tuju mereka sekiranya menang pada pemilihan Disember ini.

Bagus juga cadangan itu, tapi dalam masa yang sama adakah blog atau laman web ini hanya digunakan untuk pemilihan Disember ini, atau akan berterusan sehingga bila-bila untuk membentangkan dan sebagai satu alternatif dalam menyebarkan maklumat kepada masyarakat dengan lebih cepat, mudah dan berkesan selain FREEEEEE. Biasalah, kalau barang free, semua akan cepat bertindak. Cuba kalau bayar, bermacam-macam helah akan dibuat bagi mengelakkan diri. Macamlah diri sendiri sahaja yang nak makan, orang lain tak makan.

Berbalik kepada senario Pemuda Di Persimpangan- benarkah dengan kehadiran ramai calon Ketua Pemuda, malah hari ini Pemuda UMNO Pahang turut akan mencadangkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda, akan memecahkan belahkan Pemuda : dalam erti kata lain, ahli-ahli Pemuda di peringkat akar umbi akan ’pening kepala’, siapakah yang harus mereka ketengahkan sebagai calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia?

Benarkah pemilihan Disember ini akan membawa satu lagi `tsunami besar’ kepada UMNO yang selama ini menjadi parti tunjang perjuangan orang Melayu sejak 1946.

Hari ini 11 Mei 2009 – genap 62 tahun UMNO bernafas sebagai parti yang memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara. Sebagai sebuah parti bagi orang Melayu- UMNO termasuklah Pergerakan Pemuda mestilah dan WAJIB memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara.

Oleh yang demikian, siapa sahaja yang mahu bertanding atau dicalonkan untuk apa sahaja jawatan sekalipun, tidak kiralah di sayap Pemuda, Wanita ataupun Puteri malah di peringkat MT sekalipun, tanamkan dalam hati ini..... kita bertanding untuk memberikan peluang kepada diri sendiri untuk berbakti kepada Agama, bangsa dan Negara.

Hakikatnya... apa yang harus diberikan perhatian hari ini ialah ’post mortem’ yang benar-benar ikhlas demi survival perjuangan UMNO itu sendiri, bukannya untuk kepentingan mana-mana individu semata-mata demi untuk PANGKAT atau KEPENTINGAN PERIBADI – lihat dan kaji dengan sejujur-jujurnya mengapa BN ditolak dalam pilihan raya umum yang lalu?

Barisan EXCO Pemuda selepas ini, harus meletakkan kepentingan UMNO sebagai wadah perjuangan mereka. Kaji mengapa UMNO hilang lima kerusi negeri ....

KEMBALI KEPADA RAKYAT

Oleh AZNAN BAKAR
(WARTAWAN UTUSAN)

PADA 11 Mei, 62 tahun lalu, UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ditubuhkan atas kesedaran memastikan nasionalisme atau ketuanan Melayu dan Islam terus dipertahankan di bumi Melayu ini.

Ancaman penubuhan Malayan Union oleh British yang bakal menyaksikan orang Melayu kehilangan hak dan kuasa di tanah air sendiri telah mengumpulkan kekuatan yang membawa kepada pembentukan parti yang menjadi pembela nasib Melayu.

Walaupun ditubuhkan di Istana Besar Johor Bahru namun usaha untuk mewujudkan UMNO tidak mudah.

Ia tidak lahir di atas dulang emas. Tetapi hasil daripada perjuangan untuk memastikan hak dan ketuanan Melayu tidak tercabar dan sultan serta raja-raja Melayu kekal di takhta mereka.

Hasrat Inggeris untuk menubuhkan Malayan Union telah membawa kepada perhimpunan besar-besaran Kongres Melayu Se-Malaya pertama.

Inisiatif itu telah dimulakan oleh Persatuan Melayu Selangor dan berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada 1 Mac 1946.

Dari situ, satu jawatankuasa dianggotai Datuk Onn Jaafar, Datuk Panglima Bukit Gantang, Datuk Nik Ahmad Kamil, Datuk Hamzah Abdullah dan Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dibentuk bagi menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO.

Pada 11 Mei 1946 di Kongres Melayu Se-Malaya Ketiga yang berlangsung di Istana Besar Johor Bahru, UMNO ditubuhkan.

Ketika itu juga Inggeris terus mengasak dengan penubuhan Malayan Union pada 1 April 1946 yang memberi hak sama rata atas prinsip 'jus soli' kepada semua kaum dengan ketua negeri ditukar daripada sultan kepada presiden.

Namun hasil tentangan orang Melayu melalui UMNO, Malayan Union dibubarkan pada Julai 1946 dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Dari situ perjuangan diteruskan hingga membawa kepada kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada September 1965.

Tetapi apa yang penting ialah perjuangan UMNO berjaya mengembalikan hak-hak orang Melayu di tanah air mereka dan mengembalikan semula kuasa sultan dan raja-raja.

Namun selepas 62 tahun ia ditubuhkan dan setelah 51 tahun negara merdeka, segala susah payah dan pahit getir perjuangan menegakkan hak bangsa oleh UMNO seolah-olah dipandang sepi.

Perjuangan UMNO yang menjadi tonggak kepada penubuhan Perikatan hasil gabungan MCA dan MIC dan Barisan Nasional (BN) pada 1973 yang memberi kemakmuran kepada setiap rakyat tanpa mengira kaum kian dilupakan.

Adakah selepas lebih enam dekad berbakti, UMNO kini tidak lagi relevan dalam perjuangan menegakkan hak-hak orang Melayu?

Atau, selepas 51 tahun merdeka, nasib Melayu tidak perlu lagi diperjuangkan oleh parti seperti UMNO?

Adakah mereka kini merasakan boleh bersaing sama rata dengan kaum lain terutama Cina walaupun Melayu dan bumiputera di negara ini hanya menguasai kira-kira tiga peratus ekonomi.

Pilihan raya umum pada 8 Mac lalu memperlihatkan senario berbeza terhadap sokongan kepada UMNO dan BN.

BN kehilangan kelebihan dua pertiga dan UMNO buat pertama kali gagal membentuk majoriti di Parlimen.

Tidak tahu apa silapnya, pelbagai pihak meletakkan beban kesalahan itu kepada UMNO. MCA dan MIC antara lain memberi alasan tindakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menghunus keris pada perhimpunan tahun lalu sebagai punca pengundi terutama bukan Melayu beralih arah.

Ada pihak melihat itu sebagai tanda UMNO semakin lemah dan semakin hilang kuasa dalam pakatan BN.

Malah tindakan berani Pengerusi DAP mempersoalkan siapa penulis titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dan keputusan Sultan Perak ada kaitan dengan kelemahan pada parti Melayu itu.

Ia seolah-olah mengulangi senario pada 1946 apabila Inggeris merampas kuasa raja-raja dan hak Melayu dengan membentuk Malayan Union.

Namun bagi Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, UMNO masih relevan dan ramai masih yakin dengan kewibawaannya dalam memperjuangkan nasib orang Melayu di negara ini.

KelemahanCuma beberapa kesilapan dan kelemahan dalam parti Melayu terbesar itu perlu dibetulkan supaya ia kembali berada di landasan sebenar seperti diawal penubuhannya pada 1946.

UMNO sebagai teras dalam BN juga perlu memastikan ia terus dihormati. Oleh itu ia tidak boleh dilihat sebagai lemah.

Sebarang kelemahan sama ada daripada segi kepimpinan, pengurusan parti, dasar-dasar mahupun apa-apa yang dilakukan selama ini yang menyebabkan rakyat tidak puas hati perlu diatasi segera.

Untuk itu kata Muhyiddin, perlu ada gerak kerja bagi bertemu rakyat di peringkat akar umbi untuk mengembalikan keyakinan mereka terhadap parti itu.

"Post-mortem yang telah dibuat mendapati rakyat mahu tindakan segera dilakukan bagi memperbetulkan kelemahan dan kesilapan hingga parti itu ditolak oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-12," katanya.

Yang pasti, senario selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 memerlukan orang Melayu terus bersatu.

Walaupun Pas mengatakan mereka juga memperjuangkan Melayu dan Islam namun setakat ini parti itu masih belum menunjukkan kemampuan sebenar dalam memastikan hak Melayu tidak terus tercabar.

Sikap berdiam diri para pemimpin Pas berhubung isu Karpal mengkritik sultan juga menunjukkan pendirian mereka yang tidak konsisten dalam memperjuangkan isu berkaitan Melayu.

Bagaimana pula dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR)? Adakah nasib Melayu boleh diletakkan di bahu mereka? Bolehkan ia mengambil alih peranan UMNO untuk membela nasib orang Melayu?

Setakat ini hanya UMNO yang telah menunjukkan keupayaan memastikan nafas Melayu terus segar di Malaysia tanpa menidakkan hak kaum lain.

Daripada penolakan prinsip 'jus soli' kepada berkuburnya Malayan Union hingga membawa kepada kemerdekaan negara, UMNO membuktikan melalui perjuangannya, hak Melayu tidak diganggu gugat.

Oleh itu, pelbagai pihak melihat jika UMNO lemah maka perjuangan Melayu juga akan turut rebah.

Tetapi kata Ketua UMMO bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, kerajaan Barisan Nasional (BN) masih mendapat kepercayaan rakyat malah parti itu dan UMNO yang menunjanginya juga tidak goyah.

Bagaimanapun katanya, UMNO terutamanya tidak boleh memandang ringan kepada perkembangan politik masa ini termasuk kemungkinan ahli-ahlinya melompat ke pembangkang.

Untuk itu, para pemimpinnya perlu mempunyai hala tuju yang tepat dan sentiasa meyakinkan ahli-ahli supaya tidak sangsi dengan keupayaan dan perjuangan parti.

Sebagai parti yang terhasil daripada perjuangan rakyat, pemimpinnya perlu memastikan UMNO terus bergerak selari dengan aspirasi dan keperluan ahli-ahlinya.

Untuk itu, adalah menjadi tanggungjawab para pemimpin untuk menyakinkan ahli-ahli bahawa teras perjuang UMNO yang ditubuhkan 62 tahun lalu masih sama dan masih relevan dengan aspirasi bangsa.

(Artikel ini merupakan rencana Utusan Malaysia, 10 Mei 2008 sempena Ulangtahun UMNO ke-62)

Bercuti di Bandung ....

Dah seminggu aku tak update blog aku. Sebenarnya, aku bercuti ke Bandung bersama isteri aku selepas sekian lama tak bercuti bersama. Sejak akhir tahun lepas, tumpuan aku hanyalah untuk pilihan raya. Nie dah lepas pilihan raya, sebelum sibuk plak nak pikirkan pemilihan UMNO yang akan bermula Julai ini, aku ambillah kesempatan bercuti bersama. *** Ini ialah pic aku bersama isteri aku kat Gunung Tangkuban Perahu, Bandung.

Friday, May 09, 2008

‘GPMS BERI KARPAL – 7 HARI: MINTA AMPUN ATAU BERHADAPAN REFERENDUM/SUARA RAKYAT’

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mengutuk sikap Karpal Singh yang masih lagi berdegil dan terus menampilkan sikap kurang ajar untuk mencabar kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Kenyataan bahawa, ‘Malaysia tidak lagi berada dalam sistem feudal’ – jelas berbunyi sarkastik, membayangkan sikap dan mentalitinya yang terus-terusan gemar untuk membangkitkan isu yang cukup dekat dan akrab di hati rakyat ini.

Presiden GPMS, Dato‘ Reezal Merican Naina Merican berkata, GPMS cukup bersetuju bahawa pandangan keterlaluan yang diungkap oleh mana-mana pihak sekalipun, termasuk Wakil Rakyat, wajar dan boleh dikenakan Akta Hasutan.

GPMS merasakan sudah wujud keperluan untuk kita mengawal keceluparan mulut sesetengah pihak dengan undang-undang, sebelum keadaan menjadi lebih mudarat dan merosakkan.

Untuk itu, GPMS mendesak Karpal Singh untuk memohon ampun dan maaf secara terbuka kepada Istana Perak. Keceluparan beliau itu sudah melampaui batas, sekaligus membayangkan Wakil Rakyat itu gagal menjadi seorang warganegara yang setia kepada prinsip Rukunegara.

Kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu mestilah terus berada di atas kedudukannya yang cukup istimewa dan tidak diheret ke dalam permainan politik peribadi Karpal Singh. Karpal seharusnyalah cukup faham dengan pengamalan konsep raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen dan tidak meneruskan agenda peribadi untuk menidakkan peranan institusi penting itu.

Justeru, GPMS memberikan tempoh tujuh (7) hari kepada Karpal untuk memohon ampun dan maaf SECARA TERBUKA kepada pihak Istana. Seandainya beliau gagal berbuat demikian, GPMS akan menggerakkan referendum dan mendapatkan sokongan rakyat untuk menggesa Kerajaan mengambil tindakan terhadap beliau dengan menggunakan apa sahaja asas perundangan yang ada, termasuk Akta Hasutan mahupun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Rakyat Malaysia masih lagi menyanjung tinggi kedudukan dan kedaulatan institusi Raja. Kita tidak mahu individu biadab seperti Karpal Singh terus mencemar kedaulatan Raja-Raja Melayu dan menganggu gugat keharmonian hubungan rakyat dan Raja.

GPMS ingin memberi amaran kepada pihak-pihak yang mengamalkan permainan politik seumpama ini. Mereka harus ingat, bahawa keputusan pilihanraya bukanlah lesen untuk mereka mengganggu gugat segala tiang seri yang menjamin keharmonian dan kerjasama antara kaum selama ini.

GPMS menolak sekeras-kerasnya sikap dan budaya politik yang merosakkan seperti ini. Kepada Karpal – GPMS ingin menyatakan, masa sedang berlalu pergi – bertindak atau anda berhadapan dengan suara rakyat!

Sunday, May 04, 2008

Utusan Malaysia wadah perjuangan bangsa - Syed Hussien

Orang Melayu diminta supaya terus menyokong akhbar Utusan Malaysia kerana ia merupakan salah satu wadah perjuangan Melayu sejak dahulu hingga sekarang.

Naib Presiden Persatuan Anak-anak Melayu Johor, Wilayah Persekutuan dan Selangor, Datuk Syed Hussien Al Habshee berkata, akhbar berkenaan mempunyai sejarah yang sangat unik kerana versi asalnya iaitu Utusan Melayu diterbitkan atas pengorbanan dan hasil keringat untuk menjadi lidah perjuangan bangsa.

Menurutnya, peranan itu sebenarnya tidak pernah tamat dan kini akhbar Utusan Malaysia pula menjadi penyambung kepada perjuangan agenda Melayu di negara ini.

Jelasnya, bila timbul sebarang isu atau keadaan yang menggugat kedudukan Melayu, Utusan Malaysia sentiasa menjadi media utama yang menjadi tempat meluahkan perasaan serta idea Melayu.

"Ini satu-satunya wadah perjuangan Melayu di negara ini dan hanya Utusan Malaysia boleh menjadi penyebar pemikiran bangsa," katanya pada sesi soal jawab perbahasan kertas kerja di Kongres Permuafakatan Melayu di sini hari ini.

Katanya, kelebihan peranan Utusan Malaysia dalam masyarakat Melayu boleh dilihat dalam pelbagai isu sejak puluhan tahun lalu.

Misalnya, Utusan Malaysia menjadi satu-satunya akhbar dengan penuh berani meletakkan kenyataan 'DAP Biadap' ketika Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri parti itu di Perak diminta memulaukan istiadat angkat sumpah pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas, katanya.

Syed Hussien berkata, keadaan itu jelas membuktikan Utusan Malaysia adalah akhbar yang berani bersuara dalam mempertahankan hak orang Melayu di negara ini.

Ketika ditemui selepas itu, beliau berkata, media lain tidak memainkan peranan mempertahankan agenda Melayu sejelas mana yang dilakukan Utusan Malaysia.

"Sejarah kewujudan Utusan Melayu dan Utusan Malaysia itu unik, orang lain tidak ada kedudukan itu," katanya.

KUASA RAJA HARUS DIKEMBALIKAN DEMI KEDAULATAN POLITIK MELAYU

(Sumber: Utusan Malaysia, 4 Mei 2008)

Kongres Permuafakatan Melayu diminta menggerakkan usaha ke arah memperkukuhkan kembali kuasa raja-raja Melayu supaya kedaulatan dan kekuasaan orang Melayu sentiasa terjamin. Para peserta kongres tidak mahu raja-raja Melayu hanya sekadar menjadi simbol sebaliknya mereka mahu institusi raja berada dalam kedudukan untuk menjadi penjaga kelangsungan politik Melayu. Ada yang berpendapat kuasa raja-raja yang pernah dikurangkan pada suatu ketika dahulu perlu dikembalikan.

Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Rosdi Amir berkata, kuasa raja-raja Melayu perlu diperkukuhkan kembali memandangkan kekuasaan mereka kini semakin lemah.

Beliau yakin jika kuasa raja-raja Melayu dikembalikan dan diperkuatkan, institusi itu tidak akan mencampuri urusan kerajaan sebaliknya mereka berada di satu kedudukan yang mampu memantau kelangsungan hak-hak Melayu dengan lebih baik dan berkesan.

Sebagai contoh katanya, pada masa ini, sebarang perubahan Perlembagaan negara umpamanya, jika tidak dipersetujui raja-raja Melayu masih boleh dikuatkuasakan selepas 60 hari ia diluluskan.

“Kalau Perlembagaan negeri pun boleh diubah seperti itu, mungkin pada masa akan datang kita tidak boleh lihat raja-raja Melayu campur tangan meminta Menteri Besar Melayu dilantik seperti yang berlaku di Perak baru-baru ini.

“Pada pilihan raya umum akan datang, mungkin lebih ramai ahli Parlimen pembangkang terdiri daripada bukan Melayu menang dan mereka boleh meminda Perlembagaan dengan tidak memberikan kuasa kepada raja-raja Melayu untuk melantik Menteri Besar.

‘‘Kalau raja-raja Melayu tidak setuju pun, tetapi sudah diluluskan di Dewan Undangan Negeri, ia tetap akan efektif selepas 60 hari,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan kertas kerja Kedaulatan Politik Melayu pada Kongres Permuafakatan Melayu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini.

Ketika ditemui Mingguan Malaysia selepas itu Rosdi berkata, senario pasca-Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu memperlihatkan betapa pentingnya kuasa raja-raja Melayu diperkukuhkan.

Kata beliau, bila tiba waktunya nanti, kuasa yang dimiliki raja-raja Melayu dapat digunakan untuk menjaga kebajikan dan hak orang Melayu di negara ini.

Menurutnya, senario ini sudah berlaku di negeri-negeri yang dikuasai parti pembangkang majoriti bukan Melayu selepas pilihan raya lalu, yang mana segala harapan menjaga kedaulatan kuasa Melayu terpaksa diletakkan di bahu raja-rajanya kerana Kerajaan Persekutuan tidak mampu campur tangan.

Sementara itu, pakar sejarah negara, Prof. Datuk Ramlah Adam turut mengakui institusi raja pada masa ini berada dalam keadaan yang tidak kukuh seperti dahulu.

Menurutnya, perubahan pada Perlembagaan negara memerlukan dua pertiga persetujuan ahli Parlimen dan pada masa ini kedudukan kuasa Melayu dalam Parlimen tanpa mengira parti hanyalah majoriti mudah iaitu 124 orang sahaja.

“Perpecahan Melayu pada masa ini sangat ketara, dikhuatiri kuasa raja-raja Melayu juga boleh tergugat akibat kelemahan kuasa politik Melayu,” katanya. Justeru, raja-raja Melayu adalah paksi yang perlu dipertahankan

Friday, May 02, 2008

KONGRES PERMUAFAKATAN MELAYU: Kedaulatan Politik Melayu (1)

Kertas kerja bertajuk Kedaulatan Politik Melayu yang dibentangkan oleh Prof Mohammad Agus, Ketua Kursus Jabatan Sains Politik UKM, pada Kongres Permuafakatan Melayu di PERSADA, Johor Bahru anjuran GAPENA dan badan bukan Kerajaan Melayu petang tadi harus direnungi bersama secara matang dan profesional oleh segenap lapisan orang Melayu tidak kiralah dari UMNO, PAS mahupun PKR walaupun hakikatnya PKR bukanlah sebuah parti Melayu.

Selepas PRU 12 (8 Mac 2008), persoalan utama yang menjadi perbincangan hangat masyarakat Melayu ialah tentang kedaulatan politik Melayu yang didalamnya terkandung beberapa pertanyaan. Antaranya ialah terhakiskah kuasa Melayu dan berpecahkah masyarakat Melayu? Dua pertanyaan ini merupakan persoalan besar yang cukup menakutkan masyakat Melayu sekarang kerana kuasa yang mereka nikmati sebelum ini tlah tercabar apabila UMNO yang mendukungi kuasa politik Melayu selama ini gagal mengekalkan kemenangan majoriti dua pertiga dalam pilihanraya yang lepas.

Sehubungan itu, timbul pertanyaan lain, mengapa UMNO yang menunjangi kuasa politik Melayu gagal mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya tersebut. Apakah orang Melayu tidak bersama UMNO lagi?

Jika orang Melayu sudah tidak bersama UMNO, apakah faktor yang menyebabkan terjadinya hal yang demikian?

Kertas kerja Prof Agus ini akan menjawab kesemua pertanyaan di atas dan bagi menjawabnya, perbincangan dalam kertas kerja ini akan membahaskan faktor yang menyebabkan orang Melayu tidak menyokong UMNO dalam pilihan raya umum yang lepas, isu-isu utama yang mencabar kedaulatan politik Melayu hasil dari pilihan raya tersebut dan mencadangkan langkah yang perlu diambil untuk mengembalikan semula kedaulatan politik Melayu.

Terkini: Tan Sri S.M Nasimuddin S.M Amin meninggal dunia

WASHINGTON 2 Mei - Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri S.M Nasimuddin S.M Amin meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada Khamis pagi di Los Angeles, California.


Nasimuddin, 53 yang juga Ketua Pegawai Eksekutif konglomerat itu, menerima rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta di Long Beach sejak Januari tahun ini, kata Konsul Malaysia Ahmad Asmawi memberitahu Bernama melalui perbualan telefon dari Los Angeles.

Ahmad berkata isteri Nasimuddin, Puan Sri Zaleha Ismail dan anak-anak mereka berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan Khamis pagi.


Persatuan Islam Malaysia Amerika Utara akan menguruskan penghantaran jenazah beliau ke Malaysia dan mengadakan solat jenazah di Pusat Islam.


Jenazah Allahyarham akan diterbangkan ke Malaysia dengan pesawat Penerbangan Malaysia MH 94 pada pukul 1.40 pagi Sabtu pagi, kata Ahmad. - Bernama

SI ULAT TIKET & SI GAJAH YANG MENANGIS

Mengapa masih ada si ‘ulat tiket’ dan ‘gajah yang menangis’ hari ini, mengapa manusia masih bersifat kejam sesama manusia dan bersikap kejam terhadap binatang.

Inilah yang aku saksikan sendiri secara ‘live’. Rabu lalu, aku balik ke JB, masih ada si ‘ulat-ulat tiket’…. Yang memeras demi mengaut untung yang lebih. Yang lebih menghairankan, kaunter-kaunter tiket yang menjual tiket balik ke Kelantan, semuanya sudah kehabisan tiket tetapi tiket-tiket balik ke Kelantan ini masih boleh dibeli dari si ‘ulat-ulat tiket’ yang menjual dengan harga yang lebih mahal dari sepatutnya.

Ini aku saksikan sendiri, seorang makcik bersama anak-anaknya, terpaksa membeti tiker balik ke Kota Bharu dengan harga RM40.00 sedangkan harga asal balik ke Kota Bharu ialah RM 30.20.

Adakah LPKP tidak memantau hal-hal sebegini, atau buat-buat tak nampak dengan apa yang berlaku di kebanyakan Hentian Bas Ekspress. Ini bukan berlaku di Hentian Putra sahaja, malah di Hentian Puduraya, lebih teruk …. Tu sebabkan aku malas nak naik bas ekspress di Puduraya, lebih senang naik di Hentian Putra dengan bas Mara Liner.

Apa yang lebih menyedihkan, ada suara-suara dari kalangan ulat2 tiket ini yang minta rakan ulat seperjuangannya jangan menjual dulu tiket-tiket ke Pantai Timur kerana menjelang petang, ramai ‘budak-budak sekolah’ nak balik kampong. Budak2 sekolah yang dimaksudkan ialah pelajar2 Universiti yang akan bercuti panjang sehingga Ahad ini.

Sampai hati mereka, sampaikan adik-adik kita yang masih menuntut pun hendak di `pau’ oleh golongan-golongan ini.

Tutup buku pasal ‘ulat tiket ini’…..

Di JB, memandang cuti umum sempena `Hari Pekerja’…. Aku bersama keluarga telah ke Zoo Johor, sajer-sajer nak jalan-jalan. Namun sayangnya, Zoo Johor ini indah khabar dari rupa.

Dahlah takde tempat parking yang sesuai, kereta-kereta terpaksa diletakkan di tepi jalan sahaja. Lebih menyedihkan, binatang-binatang di sini tidak dijaga dengan sempurna…. Layanan seperti ‘binatang’… Tahniah Zoo Johor kerana Berjaya membuktikan wujudnya falsafah seperti ‘LAYANAN MACAM BINATANG’.

Kesian aku tengok, si gajah yang menangis. Mungkin bukan aku sahaja yang berperasaan demikian, malah ada juga suara-suara dari pengunjung yang lain turut menyatakan rasa sedihnya melihat binatang-binatang di Zoo Johor ini tidak dijaga dengan sempurna.

Buat pengurusan Zoo Johor, buatlah sesuatu. Walaupun binatang-binatang ni memang `binatang’, jagalah mereka dengan sempurna kerana ia juga makhluk Allah. Kalau dah tak sanggup menjaganya, balik lepaskan sahaja atau hantarkan ke Zoo lain yang mampu menjaga binatang-binatang ini dengan sempurna.

Next month, aku nak lawat zoo lain pula. Adakah ‘kekejaman’ ini juga berlaku di zoo lain juga.

Monday, April 28, 2008

Warisan ....

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara
Melayu kan gagah di Nusantara
Melayu kan gagah di Nusantara…


Biar aku mulakan bicara hari ini dengan lagu Warisan- lagu yang dicipta oleh Tuan Nordin Kardi dengan bantuan Tuan Norden Mohamed... Walaupun ada seorang `akak’ di pejabat aku ni yang mengatakan bahawa lagu Warisan ini telah dicipta oleh Sanusi Junid (Tan Sri), memandangkan beliau dulu sering menyanyikan lagu ini setiap hari di pejabatnya `........’. Pening aku!!!

Lupakan dulu soal akak ni, cuma apa yang ingin aku bicarakan hari ini ialah di mana letaknya MARUAH bangsa Melayu satu hari ini. Adakah setiap hari kita orang Melayu akan terus mengalah dengan desakan dan kehendak-kehendak bangsa lain sehingga kita sendiri terpaksa menerima hakikat untuk meminta maaf di atas isu menghunus dan mengucup keris oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam setiap perhimpunan agung Pemuda sebelum-sebelum ini.

Ingin aku memetik sedikit artikel yang bertajuk BANTU ABDULLAH PENUHI SEGALA JANJI KEPADA RAKYAT dari Berita Harian, muka surat pertama, RABU 16 April yang mengatakan `Tindakan menghunus keris oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO menguris hati masyarakat bukan Melayu sehingga pengundi Cina tidak mengundi BN.’.... Apa erti dan mesej yang ingin disampaikan oleh BH dalam artikel tersebut.

Namun, keris telah pun dijulang dan dikucup, Pilihan Raya Umum ke12 sudah pun berlalu dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah pun memohon maaf. Bagi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, keputusan beliau memohon maaf secara terbuka berhubung isu keris Panca Warisan adalah bertujuan menyedarkan orang Melayu yang dilihat sudah terlupa untuk berjuang demi bangsa mereka. Katanya, apa yang menjadi keutamaan baginya adalah kepentingan parti, bangsa dan agama, selain menyedarkan orang Melayu untuk bersatu dan bangkit semula dalam mempertahankan hak sendiri.

Beliau seterusnya berkata, keputusan meminta maaf itu sebenarnya bukan mudah untuk diambil, tetapi tetap dilakukannya setelah memikirkan bagi menyelamatkan kedudukan Pemuda serta UMNO yang seharusnya menjadi identiti orang Melayu sendiri. Tambahnya, keris tetap menjadi warisan yang kekal sebagai identiti bangsa yang tidak harus dipersoalkan. Sebelum ini, tiada siapa pun yang mempertahankan keris kita. Ia jelas bukan satu keputusan yang mudah namun parti dan bangsa lebih penting.

Mungkin itu bicara hati Hisham, namun bagaimana pandangan mereka yang di luar. Ada yang rasional malah ada juga yang kurang rasionalnya. Paling menjadi tanda tanya aku, macammana pendirian Ketua UMNO Cheras, Datuk Syed Ali Al-Habshee apabila menyifatkan tindakan Hisham meminta maaf dalam isu keris sebagai menjatuhkan maruah orang Melayu, kerana keris adalah lambang orang Melayu dan hak orang Melayu yang perlu dipelihara. Hishammuddin mengapa perlu meminta maaf? Ini hak orang Melayu, apa kena minta maaf. Di mana maruah orang Melayu. "Keris ada dalam bendera UMNO. Dalam pertabalan Yang di-Pertuan Agong pun mencium keris. Ini simbol orang Melayu," katanya ketika berucap merasmikan perhimpunan agung khas UMNO bahagian Cheras di ibu negara semalam.

Macammana Dato’. Semasa Dato’ Hisham rasmikan Persidangan UMNO bahagian Cheras tahun lepas, Dato’ ada kata, akan menjadi orang pertama yang akan calon Dato’ Hisham bertanding jawatan Naib Presiden, macammana, jadi ke nak calon Hisham bertanding Naib Presiden..... hari tu bukan main lambung, hari nie.....?

Takpe, itulah politik. Pendirian Datuk Syed Ali Al-Habshee turut disokong oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa yang juga kesal dengan tindakan Hisham yang memohon maaf hanya kerana mencium keris adalah lambang memikul tanggungjawab bagi orang Melayu. Beliau amat dukacita dengan Ketua Pemuda UMNO yang terpaksa memohon maaf kerana mencium keris.

Apakah nanti kita mencium al-Quran pun kena minta maaf atau Yang di-Pertuan Agong mencium keris pertabalan pun kena minta maaf?

Tepuk dada, tanyalah hati sendiri. Mengapa sekarang baru nak pertikai tindakan Hisham memohon maaf berhubung keris tersebut. Adakah selama ini, ada pemimpin-pemimpin kita yang mempertahankan isu Keris Panca Warisan ini? Kenapa baru sekarang ....politik, politik .... sampai bila kita nak berpolitik lagi, memang Melayu hebat berpolitik tetapi adakah Melayu yang ada hari ini adalah Melayu yang boleh hidup 100 tahun lagi. Adakah kuasa ekonomi Melayu hari ini boleh menjamin masa depan anak cucu kita nanti, jangan sampai mereka kencingkan kubur kita nanti atas kesilapan kita hari nie.

Ada juga orang kata UMNO tak boleh diharapkan untuk membela orang Melayu. UMNO dah tak mampu pertahankan hak orang Melayu. UMNO sudah tidak relevan..... kini pada PAS sahaja orang Melayu nak bergantung harap. Hanya PAS sahaja.

Yelah sangat. Demi kepentingan politik, PAS juga terpaksa tunduk ke atas desakan-desakan DAP yang mahu PAS mengugurkan perjuangan membina Negara Islam. PAS juga hari ini bukan sahaja terpaksa menerima cadangan penternakan BABI berskala besar, malah terpaksa mempertahankan pelaksanaan program tersebut. .... Fikir-fikirkanlah.


Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara
Melayu kan gagah di Nusantara
Melayu kan gagah di Nusantara…

Saturday, April 26, 2008

Keris Panca Warisan- Senjata makan tuan……

Kenapa perlu memohon maaf? Aku rasa tindakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, memohon maaf berhubung tindakannya menghunus dan mencium keris Panca Warisan pada Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini, jika ia menjadi antara faktor menjejaskan prestasi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum 2008 tidak wajar sama sekali.

Ke hulu ke hilir ku cari sudah
Keris pusaka Pemuda warisan
Kini keris ku jumpa sudah
Untuk ku jadikan bekalan warisan

Panca Warisan kuberi nama
Bilah di Tawar, di Baja Melela
Hendak ku jadikan bangsaku ternama
Kepentingan Melayu perlu dibela

Pusaka pemuda telah ku sediakan
Agar menjadi warisan berzaman
Pejuang Agama, Bangsa dan Negara jangan dilupakan
Restu Allah, UMNO hidup sepanjang zaman.....

Mungkin ramai yang sudah terlupa, ayat-ayat di atas.... Kalau terlupa, biar aku beritahu ayat-ayat di atas adalah pantun KERIS PANCA WARISAN.

Keris sinonim dengan orang melayu. Keris dalam Diasporta Melayu bermula lebih awal daripada zaman kegemilangan empayar Melaka. Senjata tradisional ini menjadi sebahagian dari budaya Nusantara seawal tahun 152 Caka atau kira-kira 230 masehi lagi.

Kitab Jawa terkenal, Negarakertagama merakamkan, sejak kerajaan Singasari melanggar beberapa daerah Sumatera, penggunaan keris sudah meluas dan sistematik. Zaman Majapahit, Demak dan kemudiannya Melaka, memperkukuhkan peranan dan budaya keris di alam Melayu.

Dalam sejarah orang Melayu, keris menjadi sebahagian dari lagenda bangsa. Wira tersohor Melayu, Laksamana Hang Tuah sangat hebat sehingga keris Tamingsari miliknya turut terkenal .....

Keris selain menjadi senjata mempertahankan diri ketika sengketa dan perang, keris melambangkan kebudayaan yang kompleks dan istimewa. Keris adalah artifak budaya yang ada kaitan dengan nilai, minda malah 'psyche' orang melayu. Keris juga dipercayai memberikan kekuatan psikologi kepada pemakainya.

Sejak dulu hingga sekarang, keris mempunyai kedudukan istimewa dan menjadi tanda kebesaran, darjat, tanda pangkat dan kelengkapan pakaian kemuliaan Istana Melayu.

Tukang keris yang dikenali juga sebagai pandai keris atau empunya dimuliakan setaraf dengan pujangga dan cendiakiawan istana zaman dulu. Bagi pandai keris terbilang, bukan sahaja nilai estetikanya yang diberikan perhatian tetapi juga setiap elemen yang menjadikan keris itu hebat. Melayu yang bertunjangkan kepada Islam, ajaran menolak kepercayaan keris konon ada semangat, ada roh, ada jiwa, nyawa dan keramat. Maka kehebatan keris terletak kepada kehebatan pemakai atau pemiliknya dalam khidmat bakti, kesetiaan, perjuangan mempertahan dan mendaulat martabat bangsa dan tanah air.

Justeru itu, Kongres Melayu SeMalaya pada 1946 ketua menyetujui penubuhan UMNO, menetapkan keris sebagai lambangnya untuk menentang Malayan Union. Buat pertama kali rakyat Melayu dan Raja-Raja Melayu bersatu menentang agenda penjajahan itu. UMNO dapat bertahan lama dan memperoleh kekuatan berterusan kerana ahli-ahlinya mengambil semangat Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun yang mempunyai pertalian istimewa dengan rakyat. Pemimpin menaungi dan melindungi, manakala rakyat memberikan kesetiaan dan memohon kasih.

Oleh kerana keris melambangkan Melayu, maka keris juga melambangkan kekuatan jati diri Melayu yang bertunjangkan kepada Islam. Keris harus dilihat sebagai mercu tanda bangsa yang kental dan berdaya saing untuk melangkah cemerlang menghadapi cabaran semasa dan akan datang........


HISHAM TERDESAK ATAU ......

"Kalau realitinya begitu, saya bukanlah seorang yang angkuh dan bongkak sehingga tidak boleh menerima hakikat. Ia satu pengajaran sedih tetapi jika hari ini politik memang sebegitu rupa, kita sebagai pemimpin mesti besar hati dan jiwa untuk sanggup meletakkan kedudukan BN lebih penting daripada segala-galanya. Sebagai Ketua Pemuda, saya secara peribadi sanggup memikul tanggungjawab itu. Kalau ia menimbulkan keadaan yang memerlukan saya memilih antara diri dan parti, saya pilih parti kerana ia penting untuk kita wariskan kepada generasi akan datang.".....

Kepada bukan Melayu beliau meminta maaf kerana tindakannya itu menyebabkan mereka ditakut-takutkan oleh politik persepsi dan gembar-gembur terhadap keris sebagai satu simbol, sedangkan itu bukan niatnya.

Kepada orang Melayu pula, beliau memohon maaf kerana tidak dapat mempertahankan keris sebagai simbol warisan bangsa.

Persoalannya sekarang, demi menjaga hubungan bersama kompenan BN, perlukah UMNO membuang sahaja KERIS yang ada pada logo UMNO yang ada pada hari ini? Buangkan sahaja.... biar puas hati orang bukan Melayu.... Biar kita mengalah lagi. Persetan sahaja dengan KERIS. Keris sudah lagi tidak relevan dalam perjuangan Melayu pada hari ini..... Ia bukan lagi dilihat sebagai lambang atau simbol kekuatan bangsa Melayu lagi pada hari ini.

Walaupun mulut mengatakan sokong tindakan Hisham, tapiku malah ramai di antara sahabat-sahabatku menyatakan rasa tidak setuju dan terguris dengan tindakan Hisham memohon maaf berhubung isu Keris Panca Warisan ini.

Ramai yang marah, malah ada yang mengatakan bahawa Datuk Hisham dijadikan kambing hitam oleh sesetengah invidu untuk meletakkan kekalahan PRU 12 disebabkan oleh Keris Panca Warisan malah dalam Berita Harian baru-baru ini juga tanpa segan silu meletakkan tindakan Datuk Hisham menjulang dan mengucup keris sebagai PUNCA kekalahan dalam PRU lalu....

KAMARULZAMAN KAMDIAS, EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berkata, kadang-kadang kita terpaksa memohon maaf walaupun kita tahu kita tidak melakukan apa-apa kesalahan kepda sesiapa. Mohon maaf kerana untuk membendung emosi dan sentimen yang berlaku disebabkan kegagalan setiap kaum memahami atau berkompromi dengan sesuatu warisan kebangsaan yang wujud pada setiap kaum adalah satu tindakan yang matang walaupun berat untuk dilakukan.

Kita hanya melakukan sesuatu yang membangkit rasa kebangsaan terhadap satu symbol warisan kita turun temurun tapi jika ia telah menjadi polemic yang tidak berpenghujung, maka memohon maaf mungkin satu dari jalan untuk melenyapkan ketidak rasionalan yang telah terjadi.

Sudah pasti Dato’ Seri Hishammuddin Hussein telah memikirkan satu agenda yang lebih besar dari konsep Malaysia Malaysian iaitu untuk perpaduan dan keharmonian sebenar di dalam kemajmukkan rakyat Malaysia.

Bagi DATO’ KHAIRUDDIN YAAKOB, Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang –

Keris telah dijulang dan dikucup, Pilihan Raya Umum ke12 sudah pun berlalu dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah pun memohon maaf, oleh itu saya minta semua pihak untuk ’tutup buku’ dan buat agenda baru bagi memastikan Barisan Nasional terus relevan sepanjang zaman.

Hakikatnya, Dato’ Seri Hisham tidak perlu memohon maaf. Benda dah berlaku dan Keris Panca Warisan perlu dilihat sebagai budaya dan lambang kekuatan orang Melayu, apa yang Pemuda buat ialah meniupkan semangat ahli-ahli Pemuda untuk bekerja keras bagi memantapkan parti dan bukannya sebagai ancaman kepada mana-mana kaum lain .

Namun, syabas kepada Dato’ Seri Hishammuddin kerana berani membuat permohonan maaf dan sebagai seorang pemimpin yang sedar dan berani, beliau bertanggungjawab dan ia menunjukkan bahawa beliau adalah pemimpin yang mementingkan parti, bukannya pemimpin yang mementingkan diri sendiri.

Bagi Pemuda UMNO dan kompenan Pemuda BN yang lain, gunakanlah peluang ini untuk kita bermuhasabah diri dan mencari kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang kepada kepada kita untuk mendapatkan semula sokongan akar umbi khususnya dari generasi muda hari ini bagi menjamin kemenangan kita pada PRU 13 nanti.

Bagi HAJI ABDULLAH MD YUSUFF , EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pula berkata , berundur setapak tidak bermakna kita tidak boleh melangkah 1000 langkah ke hadapan. Itulah perumpamaan yang paling sesuai untuk digambarkan kepada kenyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein yang telah meminta maaf berhubung tindakannya menghunus dan mencium Keris Panca Warisan pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO selama ini.

Secara peribadi, ia amat perit untuk saya, sebagai EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kerana keris itu sendiri melambangkang budaya kita sebagai orang Melayu tapi jika ia dilihat sebagai salah satu antara penyebab kekurangan sokongan kepada BN pada Pilihan Raya Umum lalu, saya lihat tindakan Dato’ Seri Hisham sebagai satu tindakan berani dan matang demi untuk menjaga keharmonian kaum dan diharap permohonan maaf tersebut akan memberi semula keyakinan orang bukan melayu bahawa Pemuda sentiasa memperjuangkan perpaduan bersama demi untuk sebuah Negara yang bermaruah.

Mengalah bukan semestinya kita kalah, tetapi kita semua tidak kira siapa dan parti kompenan mana sekalipun, kena bekerja keras dan berusaha untuk memenangi semula hati rakyat tidak kira fahaman parti mana sekalipunbahawa BN, merupakan parti yang menjamin keselamatan, keamanan dan kemakmuran kepada semua agama, kaum dan kelompok masyarakat di Negara ini.

Perjuangan Yang Belum Selesai- Oleh Tun Dr Mahathir Mohammad

Tuesday, April 22, 2008

Jangan tanya apa sumbangan UMNO pada kita….

11 Mei ini, genap 62 tahun UMNO berjuang mempertahankan maruah agama, bangsa dan Negara. Dalam tempoh tersebut, terlalu banyak peristiwa penting yang berlaku, manis dan pahit - UMNO terus melangkah demi satu perjuangan sebuah bangsa yang merdeka.

Benarkah UMNO merupakan pencetus kepada perjuangan kemerdekaan atau masih ada sejarah yang tersembunyi, atau dalam erti kata lain, sejarah Malaysia hari ini masih belum cukup lengkap untuk menceritakan perjuangan ke arah kemerdekaan Tanah Melayu?. Ada yang mengatakan perjuangan menuntut kemerdekaan bukanlah diasaskan oleh UMNO, tetapi ia bermula dengan perjuangan dan gerakan nasionalis kiri, dan perjuangan bersenjata anti-British, demi menuntut kemerdekaan kita. Benarkah?

Dalam buku Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan oleh Mohamed Salleh Lamry dan diterbitkan oleh Penerbit UKM, dikatakan pada zaman sebelum darurat, kebanyakan penduduk kampung telah melibatkan diri secara aktif dengan gerakan PKMM, API, AWAS, BATAS dan PETA. Pada zaman darurat pula, mereka beramai-ramai menyertai perjuangan bersenjata yang diterajui PKMM untuk mencapai kemerdekaan tanahair. Benarkah?

Mungkin tidak keterlaluan sekiranya aku mengatakan, selama ini aku tidak pernah mengiktiraf atau mengambil tahu siapa Musa Ahmad, Wahi Anuar, Shamsiah Fakeh, Zainab Mahmud? Malah jauh sekali untuk aku mengkaji apakah dan hala tuju perjuangan PKMM, API, AWAS, BATAS dan PETA?

Aku cukup meminati sejarah, malah sejak dari awal zaman persekolahanku, subjek sejarah adalah salah satu subjek kegemaranku. Tapi kini, hakikatnya aku gagal dalam SEJARAH. Adakah keterlaluan sekiranya aku katakan, sejarah dan hala tuju golongan nasionalis kiri ini juga perlu dikaji semula agar generasi muda akan datang tidak lupa sejarah…..

Maafkan aku, sekiranya pandangan aku ini salah, dan tidak sesuai untuk dikaji semula. Tapi sekurang-kurangnya, mereka juga merupakan PEJUANG, begitu juga Dato Bahaman, Tok Janggut dan beberapa nama lagi yang tidak dapat aku katakan di sini…. Mereka juga pejuang, perjuangan mereka juga untuk menuntut kemerdekaan untuk Tanah Melayu, untuk membebaskan datuk nenek kita yang terdahulu dari belenggu penjajah.

Sekurang-kurangnya, mereka ada peranan mereka dalam menuntut lemerdekaan. Kita juga ada peranan. Peranan kita adalah untuk mengekalkan dan mengisi kemerdekaan agar kita tidak lagi dijajah, mungkin kita tidak akan dijajah dari segi ketenteraan, tetapi dalam sedar tak sedar, penjajahan di alaf baru bukan dari segi ketenteraan, tetapi penjajahan ekonomi, budaya dan sebagainya juga merupakan bentuk penjajahan baru di alaf baru ini.

Kalau kita melihat sejarah yang ada hari ini, sebelum wujudnya UMNO dalam tahun 1946, tidak ada sebuah pun pertubuhan politik yang mewakili bangsa Melayu khasnya dan masyarakat Malaya, amnya. Jauh sekali pertubuhan-pertubuhan tertentu yang ada pada ketika itu (merujuk kepada PKMM, API, AWAS, BATAS dan PETA), yang berkemampuan untuk menyatu-padukan rakyat berbilang kaum dalam perjuangan membebaskan Negara daripada cengkaman penjajah.

UMNO telah membangkitkan semangat nasionalisme Melayu untuk menentang ’Malayan Union’ dan membebaskan kita daripada belenggu penjajah. Hakikatnya, dasar ’Malayan Union’ merupakan satu muslihat yang disusun rapi oleh pihak penjajah untuk menakluk Tanah Melayu buat selamanya.....

Tanah Melayu dapat menikmati kemerdekaan berpunca daripada kebangkitan semangat nasionalisme Melayu yang ditiupkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO ketika itu. Semangat nasionalisme penduduk bukan Melayu yang turut bekerjasama untuk membebaskan tanahair daripada penjajah adalah kerana kesungguhan UMNO mendorong mereka bertindak ke arah yang sama. Dengan erti kata lain, persetujuan dan kata sepakat semua kaum di negara ini untuk berjuang adalah kerana daya usaha dan peranan yang dimainkan oleh UMNO. Alhamdulillah, pada hari ini, kita sudah ’merdeka’.

11 Mei hari UMNO tapi jangan lupa tarikh 4 dan 15 Februari 1988

Hakikatnya, UMNO memang ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Tarikh keramat itu harus diinggati oleh setiap ahli-ahli UMNO. Tetapi berapa ramaikah ahli UMNO yang melihat 11 Mei sebagai hari kita sebagai ahli UMNO. Malah tidak keterlaluan sekiranya aku katakan hanya 20% sahaja ahli UMNO yang mengerti tarikh keramat tersebut, itupun di kalangan `ahli-ahli veteran UMNO’ sahaja. Buat generasi muda, kalau tak diinggatkan pada setiap tahun, jangan harap mereka mereka akan sedar betapa besar ertinya 11 Mei 1946.

Tapi sebagai ahli UMNO, kita juga jangan lupakan tarikh 4 dan 15 Februari 1988. Pada 4 Februari, UMNO dikatakan `mati’. Namun ia merupakan sejarah yang amat luas tafsirannya dan implikasinya.

UMNO ’mati’ akibat pertembungan Tengku Razaleigh yang menentang Dr Mahathir Mohamad sejak April 1987, bermodalkan apa yang didakwanya sebagai ’kemungkaran politik dan ekonomi’.

15 Februari 1988, UMNO dihidupkan semula dan diberikan nafas baru. Perjuangan UMNO diteruskan, hasil usaha kepimpinan UMNO ketika itu yang diterajui oleh Dr Mahathir Mohamed. Usaha itu dibuat seperti kata Dr Mahathir pada 28 Februari 1988,:

"UMNO wujud pada hakikatnya dan tidak ada sesiapa yang boleh membuat fitnah, berpura-pura atau secara rasmi mendakwa UMNO tidak ada dan perlu dihidupkan semula. UMNO tidak mati. UMNO bukan makhluk yang boleh hidup dan mati seperti makhluk lain. UMNO adalah pertubuhan yang ditubuhkan mengikut undang-undang. Hanya pendaftaran sahaja yang tergugat buat sementara. Segala usaha untuk menghapuskan UMNO gagal. "

Oleh itu UMNO hanya mati dari segi teknikal, maka adalah tepat bila Dr Mahathir menegaskan bahawa UMNO yang wujud hari ini, dari segi semangatnya, daripada segi perjuangannya dan dari segi perlembagaannya, adalah UMNO yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. – Ruhanie Ahmad (Melayu Lawan Melayu,1990)


Aku Di Persimpangan

Aku pun tak tahu mengapa aku menulis mengenai peristiwa 1988 kali ini. Aku pun tak tahu, mengapa dalam hati kecilku, tahun ini aku akan melihat tsunami kedua dalam UMNO. Selepas ’dikecewakan’ dalam PRU yang lalu, kini semua mata tertumpu pada pemilihan UMNO Disember ini.

Begitu juga aku. Sebagai seorang ahli parti, menipulah aku tidak menantikan saat ini. Mungkinkah `sejarah hitam UMNO 1988’ akan berulang lagi Disember ini.

Namun aku yakin, semua ahli UMNO sudah matang dan kuat jati dirinya. Aku yakin pemilihan Disember ini, tidak akan membawa kepada ’kematian ke2 Parti Keramat UMNO’. Pemilihan kali ini, akan membawa UMNO lebih matang, menilai mana yang baik, mana yang buruk, demi survival perjuangan sebuah bangsa yang bermaruah.
Tiada apa lagi yang dapat aku perkatakan di sini.

Pokoknya, biar berlaga ayam di reban, biar menendang kuda di kandang, namun adat wajib dijaga. Adat bersaudara, saudara dipertahankan. Adat berkampung, kampung dijaga. Adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Oleh itu, bersatulah wahai bangsa Melayu. Biduk lalu, kiambang bertaut. Air dicincang takkan putus. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

Oleh itu, berdamailah pemimpin-pemimpin Melayu dan selesaikanlah masalah perpaduan Melayu dan ketuanan Melayu ini dengan penuh bijaksana. Berwaspadalah, kalau menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak. Berhati-hatilah, kalau membunuh ular, kayu pemukul janganlah patah, ular dipukul biarlah mati, tanah terpukul jangan pula lekuk.

Aminuddin Baki pernah berpesan, jangan sampai ’ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan.’ Demi Melayu dan demi Islam, atasilah sebaiknya masalah perpecahan Melayu hari ini. Usahakanlah perdamaian antara Melayu dan Islam di negara ini.

Jangan sampai kata-kata ’Hidup Melayu’ dan ’Membangun Bersama Islam’ hanya tinggal lagenda akibat ’lawan tetap lawan’ dan ’Makkal Sakti’ demi merealisasikan ’Malaysian Malaysia’. Fikirkanlah....

Monday, April 14, 2008

PEMILIHAN UMNO 2008: Siapa Paling Layak?

Disember 2008…. Satu bulan yang cukup dinantikan oleh orang-orang politik khususnya ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO. Disember ini, 7 bulan lagi menjelangnya perhimpunan UMNO, bakal menyaksikan pemilihan di peringkat tertinggi UMNO, bakal menentukan untung nasib pemimpin-pemimpin UMNO, dalam politik tanahair. Hakikatnya, luka parah yang terguris di hati ahli-ahli UMNO masih belum terubat akibat `kekalahan BN’ dalam PRU yang lalu, namun perjuangan harus diteruskan. Inilah politik, politik tidak mengenal lawan dan kawan….

Politik tetap politik.

Bagi ahli-ahli fikir Yunani, manusia itu semulajadi haiwan politik, dan semua jenis perhubungan manusia dalam masyakat bersifat politikal. Namun bari Aristotle, ilmu politik itu adalah ibu kepada segala ilmu. Jika dilihat daripada satu segi, politik sememangnya boleh merangkumi kesemua aktiviti manusia. Apabila politik dilihat sebagai proses berhubung sesama manusia yang melibatkan kuasa, semua individu dalam masyakat akan bersifat politikal…. Inilah realiti politik. Pengertian am dan pengertian khusus bidang ilmu sains politik. Berapa ramai ahli politik hari ini memahami hakikat dan pengertian politik sebenarnya. Bila politik ini menjadi begitu penting sehingga orang sanggup buat apa sahaja demi untuk politik.

Mungkin orang politik melihat teori politik ini hanya membuang masa, hanya pandai berteori, malah perasaan `takut kepada teori’ telah melekat dan ditanam dalam hati orang-orang politik kita.

Hari ini, di mana-mana sahaja orang akan bercakap mengenai politik negara. Tumbangnya empat kerajaan BN negeri, selain satu negeri yang cukup kebal buat BN untuk ’menakluknya’. Tak cukup dengan itu, kini beralih pula pada pemilihan UMNO di semua peringkat bermula Julai ini. Bermula di peringkat cawangan, Bahagian dan paling ditunggu-tunggu, Disember ini yang bakal melihat satu lagi tsunami buat UMNO.

Hakikatnya, apa yang rakyat nak dari UMNO. Adakah rakyat dan masyarakat sudah bencikan UMNO, sudah tidak perlukan UMNO lagi. Adakah tiba masanya untuk UMNO dibubarkan, UMNO sudah tidak relevan lagi kepada orang Melayu. Hakikatnya.... Melayu masih sayangkan UMNO. Apa yang rakyat mahukan dari UMNO, ialah UMNO perlu kembali kepada asas perjuangan UMNO. Perjuangan UMNO adalah untuk rakyat, namun kalau perjuangan UMNO sudah jauh terpesong dari perjuangan rakyat, ke mana lagi arah mereka untuk mengadu nasib.

Isu minyak naik, harga barangan naik- dilupakan buat seketika. Apa yang diperkatakan sekarang ialah selama manakah Pak Lah akan bertahan di kerusi Presiden, takut sangatkah Najib sampai takut untuk mencabar Pak Lah sebagai Presiden, kenapa Muhyiddin sejak akhir-akhir ini nampak ’berapi’, ke mana Hisham selepas meninggalkan kerusi Ketua Pemuda, Hisham pergi siapa ganti kenapa KJ menyepi ?...... Tidak cukup dengan itu, bahang di sayap Wanita dan Puteri tidak cukup hebatnya, cuma masing-masing mendiamkan diri untuk bercakap tentang hasrat masing-masing.

Lupakan dulu Wanita, lupakan dulu Puteri, hal-hal kaum hawa ini, biar mereka sahaja yang uruskan.

Perebutan dalam UMNO

Mungkinkah jawatan Presiden dan Timbalan Presiden akan kekal tanpa pertandingan Disember ini? Pada pandangan peribadi aku, agak sukar untuk melihat keadaan ini, namun dalam masa yang masa kalau adapun pertandingan untuk dua jawatan ini, aku harap agar peristiwa hitam UMNO diharamkan 1988, tidak berulang kembali.

Sekiranya melihat situasi sekarang, Tengku Razaleigh (Ku Li) dilihat dan sudah mengumumkan untuk mencabar Pak Lah sebagai Presiden. Siapa Ku Li? Ku Li ialah Ketua UMNO Bahagian yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Kelantan. Hebat benarkah Ku Li untuk menjadi Presiden dan apakah sumbangan Ku Li selama ini yang melayakkan beliau bertanding Presiden UMNO. Malah ramai juga yang melihat Ku Li sebagai ’pengkhianat’ yang menyebabkan UMNO diharamkan pada 1988 dan Ku Li jugalah yang menyebabkan Kelantan `tergadai’ kepada PAS sehingga sekarang.

Namun tidak ramai yang mahu atau terlupa jasa Ku Li terhadap kejayaan pembinaan bangunan UMNO, atau kini lebih dikenali sebagai PWTC.... mercu tanda kejayaan UMNO selepas 39 tahun penubuhannya, yang dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed pada 26 September 1985.

Kini, ’pengkhianat’ ini kembali untuk menawarkan diri selepas kali terakhir bertanding jawatan Presiden UMNO, 20 tahun lalu dengan membawa misi dan visi untuk mempukuhkan semula UMNO selepas tercalar pada PRU12 yang lalu. Mampukah Ku Li .... ?

Dalam masa yang sama, bagaimana kedudukan Najib. Pak Lah sudah umumkan pengantinya ialah Datuk Seri Najib Tun Razak. Adakah Datuk Najib akan gigit jari sekiranya Ku Li berjaya dalam misinya nanti. Adakah Najib akan terlepas dan selesa di kerusi Timbalan Presiden. Bagaimana dengan Muhyiddin? Adakah selepas `menunjukkan taring’ sejak kebelakangan ini, Muhyiddin hanya akan mempertahankan kerusi Naib Presiden yang dimenanginya pada 2004 lalu.

Naib Presiden- Siapa yang harus dipilih?

Beralih pula kepada kerusi Naib Presiden. Kalau dicongak di atas kertas, dua nama sudah tercatit di kerusi Naib Presiden iaitu DS Ali Rustam dan TS Muhyiddin Yassin. Hanya ada satu kekosongan di sini selepas TS Mohd Isa Samad digantung keahliannya dalam UMNO. Hakikatnya, bukan satu yang kosong tetapi tiga yang bakal diisi Disember ini. Jika Muhyiddin mengintai kerusi di atas, hanya Ali Rustam yang akan mempertahankan kerusinya, sedangkan di luar banyak ’punggung’ yang sudah bersedia untuk duduk di kerusi Naib Presiden ini.

Hisham yang akan meninggalkan kerusi Ketua Pemuda, masih belum mengumumkan ke mana arah beliau selepas ini. Namun beliau sudah mendapat sokongan dari Pemuda UMNO Perak dan Pemuda UMNO Kelantan untuk bertanding kerusi Naib Presiden. Malah Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Al-Habsee sendiri sudah mengumumkan secara terbuka akan mencalonkan Hisham ketika berucap pada Perhimpunan Agung UMNO bahagian Cheras tahun lepas, yang mana ketika itu, Hisham yang merasmikan perhimpunan mereka.

Selain Hisham, 2 orang lagi bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia sudah menawarkan diri untuk bertanding, TS Rahim Tamby Chik dan Datuk Zahid Hamidi. Mungkinkah kerusi Naib Presiden tahun ini bakal diduduki oleh bekas-bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Selain 2 orang bekas dan seorang bakal bekas Ketua Pemuda UMNO ini, hakikatnya ramai lagi yang sudah menawarkan ’punggungnya’ untuk duduk di kerusi Naib ini. Nama-nama seperti DS Khaled Norden, DS Musa Aman, Datuk Mohd Zin Mohamed dan Datuk Shahril Samad juga mahu mencuba nasib. Sekiranya ini terjadi, cukup ruginya orang Johor apabila 3 nama besar dalam kepimpinan UMNO, itupun kalau Muhyiddin naik ke atas, kalau tak 4 tokoh bakal berantap dan beradu sesama sendiri untuk jawatan Naib Presiden.

Tinjauan rambang dan hasil perbualan di kedai-kedai kopi bertaraf `lima bintang’ – (Starbuck, Coffee Bean dan Riverside PWTC) – ramai yang mahukan pemilihan Naib Presiden kali ini, hasil penilaian ahli-ahli dengan penuh kematangan berdasarkan beberapa faktor yang dialami oleh UMNO pada hari ini. Ada pendapat mengatakan, pemilihan Disember ini, ahli-ahli UMNO terutamanya perwakilan akan mengambil kira personaliti dan ketokohan calon-calon. Apatah lagi UMNO hari ini sedang berada di persimpangan untuk benar-benar melahirkan tokoh-tokoh yang berwibawa dan dapat meneruskan kepimpinan UMNO di alaf baru, di hari mendung menanti hujan buat UMNO dan Barisan Nasional.

”UMNO memerlukan tokoh-tokoh yang mampu menyuarakan hasrat dan citarasa ahli-ahli yang baru. UMNO tidak memerlukan pemimpin yang yes man, yes bos. Berdasarkan faktor-faktor ini, pemilihan kali ini akan berpegang pada siapa yang benar-benar dianggap tokoh yang berwibawa dan tulen semangatnya dalam UMNO”- pandangan seorang sahabat yang sudah lama memerhatikan gelagat UMNO tetapi baru memohon menjadi ahli selepas PRU 12 yang lalu.

Hakikatnya, dalam arus politik sekarang, UMNO perlu barisan kepimpinan yang matang, bersih, berwibawa, berketrampilan dan berani bersuara bagi mengembalikan semangat perjuangan dan memantapkan barisan kepimpinan UMNO. Siapakah yang memenuhi ciri-ciri itu?....

Wednesday, April 09, 2008

SUFIAH oh SUFIAH! – Agenda BARAT untuk memburukkan Malaysia

Apa dah jadi?... Manusia yang dikatakan amat genius pun, tak tahu nak menilai yang mana haram, yang mana halal.... Yang dia tahu, nak SEDAP, nak MEWAH sahaja.

Orang yang aku maksudkan ialah Sufiah Yusof, pelajar genius dari Malaysia, warganegara Britain yang Berjaya melanjutkan pelajaran ke Oxford kerana kecemerlangannya dalam bidang matematik.

Tak payahlah aku nak huraikan panjang lebar kehidupan dan kecemerlangannya slama ini, tapi apa yang aku tahu dia kini dan jadi PELACUR.... bukan kerana terpaksa tapi dengan hati yang rela, demi mencapai kepuasan yang tidak tentu halanya.

Tak perlulah kita berbicara kenapa Sufiah jadi macam nie, apa yang aku nak perkatakan di sini, apakah relevannya cerita pasal minah ni dimainkan dalam akhbar BARAT setiap hari, kemudian ceritanya disebarkan lagi, di Negara kita sendiri.

Apa nak jadi? Tak bolehkah kita berfikir dengan waras, apakah tujuan sebenar pihak Barat memainkan berita Sufiah ini dengan terperincinya.

Menceritakan bahawa Sufiah gembira dengan tugasnya menjadi teman sosial.... dalam erti kata lain, tukang memuaskan nafsu lelaki, menceritakan bahawa dia gembira dengan kerjanya, Sufiah tidak melihat kerja tersebut sebagai hina dan menjijikkan, dengan kerja sebegitu, dia akan dapat barang-barang berharga, akan dapat duit yang banyak, hanya beberapa jam melayan lelaki tanpa pakaian di badan.

Tidakkah kita, rakan-rakan wartawan semua terfikir, bahawa apa yang dipaparkan dalam akhbar di BARAT itu merupakan satu agenda yang bertujuan untuk memburuk-burukkan nama Malaysia. Malaysia kan sebuah Negara Islam, malah Malaysia sendiri dilihat sebagai sebuah model Negara Islam yang cukup di segani oleh Negara-negara Islam yang lain.

Dalam satu segi, aku sebagai bekas wartawan amat faham, kenapa akhbar kita mainkan isu ini adalah kerana isu nie boleh jual suratkhabar. Tapi tolonglah, sekali-sekala fikirkan jugalah perasaan keluarga Sufiah, tanggungjawab sosial kita untuk memastikan hal sebegini tidak akan berlaku lagi.

Mungkin rakan wartawan fikirkan dengan mainkan isu ini, ia akan dapat dijadikan pengajaran untuk pelajar kita di masa depan untuk tidak buat benda yang sama. Tapi terfikirkah kita, Sufiah diterima belajar di sebuah university yang terkemuka di dunia, tapi dia akhirnya tetap gagal dari membuat sesuatu yang menyedihkan.

Jangan sampai satu hari nanti, ada pelajar wanita kita yang menjadikan Sufiah ini sebagai idola mereka. Sebagai peransang untuk mereka melakukan benda yang sama.

Kita faham masalah pelajar-pelajar kita yang belajar di sana, kesempitan wang, tak cukup wang malah ada yang terpaksa bekerja untuk menanggung kehidupan mereka yang sana. Itu kalau mereka boleh fikir mana yang baik, tapi tidak mustahil yang akan mengikut jejak langkah Sufiah, memperdagangkan diri sendiri untuk mendapat kemewahan, SEDAP dapat duit pun penuh di kantung.

Sehubungan dengan itu, aku mengharapkan rakan-rakan wartawan agar tidak lagi memainkan berita mengenai Sufiah ini. Cukuplah sekadar di sini sahaja, jangan panjangkan lagi cerita sedih mengenai pelajar GENIUS ini, yang tidak tentu haluan hidupnya sekarang ini.

Aku tahu ramai rakyat Malaysia yang bersimpati dengannya, tapi apa yang boleh kita buat sekarang nie melainkan mendoakan agar pintu hatinya tertutup untuk meneruskan kerja sia-sia tu, selain kembali ke pangkuan keluarganya.

Aku juga nak menyokong pendirian Menteri di JPM, yang mana usaha untuk membantu Sufiah dihentikan atas beberapa sebab. Antaranya kesukaran untuk membantu Sufiah yang memegang kerakyatan Britain dan yang paling penting, JPM nak membantu dan menumpukan usaha kepada masalah sedemikian di tanah air sendiri.

Menang murni membantunya keluar dari lembah ‘hina’ tersebut, tetapi percayalah di Malaysia sendiri ramai wanita yang senasib dengannya. Aku bukannya tidak setuju dengan pendekatan sebegini tetapi lebih baik kita menumpukan masalah keruntuhan moral rakyat Malaysia.

Aku yakin, ramai juga wanita tempatan malah ada yang diimport dari luar (media Malaysia sendiri sering mengeluarkan berita warga asing yang ditangkap kerana terlibat dengan sindekit pelacuran) yang menjadi pelacur dan GRO, apa yang dilakukan oleh mereka sama seperti apa yang di lakukan oleh Sufiah. Kenapa tidak saja pergi kepada mereka ini dan bimbing mereka ke jalan yang benar tanpa memerlukan kos yang tinggi, cuma ke pusat-pusat bandar seperti Kuala Lumpur dan bukannya ke London.

Janganlah nanti kita timbul anggapan ‘semut di seberang nampak tetapi gajah di depan mata tak nampak’ atau ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’.

Apa yang aku luahkan di sini, hanya pandangan peribadi aku sahaja. Mungkin ada yang mempertikai pandangan aku ini, tapi terpulang.

Aku tahu, kita semua mempunyai tanggungjawab masing-masing. Marilah bersama berganding bahu untuk memastikan di masa depan, agar tiada lagi KLON SUFIAH.

Cukuplah apa yang berlaku ke atas Sufiah. Jangan kita salahkan Sufiah dengan apa yang terjadi ke atas dirinya, tetapi kita tak mahu masalah ini berulang ke atas pelajar lain pula.

Tuesday, April 08, 2008

sms terbaik hari ini: TAHNIAH RAKYAT SELANGOR DAN MB

Inilah impian rakyat Selangor selama ini. Sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini demi kemakmuran rakyat.

Projek Khinzir Rakyat (PKR), RM 100J telah diluluskan sebagai projek mega pertama Selangor. Adakah orang Melayu Selangor sangat gembira dngan projek ini?

100 juta sama dengan membina 100 masjid di kampong-kampung. Jika seekor babi berharga RM100 seekor bermakna dalam RM100juta ada 10 jura ekor babi di Selangor iaitu jumlah babi lebih banyak dari penduduk selangor, 4 juta kamping di New Zealand dan 2 juta lembu di Australia.

Mari sama-sama ucapkan tahniah kepada kerajaan Projek Khinzir Rakyat (PKR) dan MB yang sangat prihatin dengan masalah rakyat Selangor....

Monday, April 07, 2008

Mencari kesinambungan perjuangan Pemuda UMNO

Tidak mengejutkan malah sudah dijangka, akhirnya Dato’ Seri Hishammuddin Hussein meninggalkan kerusi Ketua Pemuda setelah hampir 10 tahun menerajui Pemuda, ketika Pemuda UMNO ketika itu mengalami episod cukup tragik yang menyebabkan tiga EXCOnya dipecat manakala Ketua ketika itu, Datuk Zahid Hamidi terpaksa meletakkan jawatan.

Semuanya angkara bekas Timbalan Presiden UMNO yang juga bekas Ketua Pemuda.... Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Itulah cabaran terbesar Pemuda selepas kes Datuk Harun Idris yang dipecat kerana disabitkan kesalahan Bank Rakyat oleh mahkamah dan kes Tan Sri Rahim Tamby Chik yang juga terpaksa melepaskan jawatan kerana tuduhan terbabit dalam skandal seks dengan budak sekolah bawah umur namun akhirnya didapati tidak bersalah oleh mahkamah.

Ketika badai yang menimpa Pemuda menjadikan Pemuda sungguh lesu dan hilang arah akibat pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Hishammuddin muncul dibantu panglima perangnya ketika itu, Datuk Aziz Sheikh Fadzir .... mempunyai tugas berat memulihkan semangat dan membawa bala tentera Pemuda untuk terus bekerja kuat mempertahankan maruah dan nama baik UMNO dalam menghadapi apa juga cabaran yang mendatang.

Kini, sejarah itu telah berlalu.... Disember ini Hishammuddin akan meninggalkan Pemuda dan menegaskan bahawa tindakannya itu bukan untuk meletakkan dirinya merebut jawatan yang lebih tinggi sebaliknya keputusan itu sejajar dengan realiti politik semasa yang memerlukan beliau membantu parti keluar dari masalah berkaitan sokongan rakyat dan membawa UMNO kembali kukuh.

Kalaulah pada 1998, Hisham berjaya memulihkan semangat Pemuda UMNO, tidak mustahil 2008, Hisham mampu pula membawa dan memulihkan semula sokongan ahli UMNO di peringkat akar umbi dan kumpulan ‘orang tengah’ untuk kembali menerima UMNO dan BN.

Sebagai anggota Pemuda, kita memang akan terasa kehilangannya. Beliau telah memberikan sumbangan dan komitmen sejak mengambil alih kepinmpinan Pemuda pada 1998, beliau berjaya membawa Pemuda mengatasi pelbagai ujian getir sepanjang tempoh tersebut... namun pemuda diibaratkan sebagai kilang yang saban hari mengeluarkan produk.... produk yang diperkatakan dalam konteks ini ialah ahli-ahli Pemuda yang juga mempunyai karisma, berkebolehan dan mempunyai daya juang yang tinggi, hasil kepimpinan Pemuda sebelum ini.

Mereka juga harus diberikan peluang dan ruang untuk menonjolkan gaya dan daya kepimpinan mereka, kerana selagi Hisham di kerusi Ketua Pemuda, aku yakin tidak ada seorang pun yang akan ’melanggar’ Hisham untuk kerusi tersebut, bukan kerana takut tetapi kerana menghormati kepimpinan Hisham.

Soalnya sekarang, selepas `Tsunami Politik’ yang melanda UMNO dan BN selepas PRU12 lalu, di mana ada pihak yang menyalahkan kepimpinan UMNO dan kerajaan hari ini yang dilihat sebagai `lemah’, ke mana pula hala tuju Pemuda UMNO.

Ke mana arah Pemuda akan dibawa oleh kepimpinan akan datang? Apakah Pemuda akan kembali ke era radikal seperti di zaman datuk Harun Idris atau Jaafar Albar, atau Pemuda di zaman Suhaimi Kamaruddin yang dikatakan agak kurang bermaya atau Ketua Pemuda akan datang akan membawa pemuda ke zaman yang lebih pragmatik ketika diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak dan di zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Ataupun Pemuda akan berperanan sebagai golongan pendesak?

Tun Dr Ismail pernah mengingatkan pimpinan Pemuda ketika merasmikan Perhimpunan Pemuda 1972, yang mengingatkan pemimpin Pemuda supaya tidak menjadikan Pemuda sebagai pressure group secara terbuka kerana ia boleh dieksplostasi oleh parti-parti pembangkang.

Mustahak kita membezakan soal-soal prinsip dari soal-soal detail. Soal-soal detail tidak harus diperbahaskan di khalayak ramai dan cara-cara bertindak patut mengikut saluran parti. Tun Dr Ismail juga meminta Pemuda sentiasa bersikap action oriented dan bukannya publicity oriented.

Apa yang Tun Dr Ismail tekankan di sini ialah Pemuda harus selari dengan kepimpinan parti tetapi tidaklah sampai menjadi ’pak turut’ sahaja.

Dalam hal ini, pensyarah Fakulti Sains Politik, UKM, Dr Ahmad Atory Hussin manesihatkan agar jangan sampai Pemuda dilabel seperti lembu dicucuk hidung kerana tidak berani menentang penyelewengan di kalangan pemimpin kerana jika ia terjadi, akan mengukuhkan kepercayaan umum bahawa Pemuda UMNO hari ini tidak lebih dari Pak Turut iaitu hanya bersuara menyokong kenyataan pemimpin.
Tapi dalam hal ini, tidak guna kita menghujahkan pelbagai teori tentang peranan Pemuda di masa akan datang tanpa melihat calon-calon yang dikatakan mahu mencuba untuk memanaskan kerusi Ketua Pemuda yang bakal ditinggal Hisham, Disember ini.

Kalau dicongak di atas kertas, nampak gayanya Naib Ketua Pemuda UMNO hari ini, Khairy Jamaluddin dilihat sebagai calon yang paling layak untuk menduduki kerusi Ketua Pemuda tersebut.

N